Surat terbuka kepada pengundi Teluk Intan – Chong Zhemin

IMG_0037 (1)

31 Mei akan diingat dalam sejarah Malaysia sebagai hari paling penting dalam beberapa dekad pembangunan negara. Ia akan menentukan sama ada politik Malaysia akan beralih paradigma kepada era politik baru yang berdasarkan idea, pendapat, polisi dan prinsip. Atau Malaysia akan terus kekal pada politik lama dimana isu perkauman dan agama terus didominasi dan dimainkan oleh politikus untuk kekal di tampuk kekuasaan.

Sepanjang tahun lepas, negara kita telah dilanda pelbagai masalah termasuk kontroversi kalimah Allah, rampasan bible berbahasa melayu, pertuduhan pemimpin pembangkang, kos sara hidup yang meningkat, perlaksanan GST. Daripada memberikan fokus kepada isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada kelangsungan hidup rakyat biasa Malaysia, kaum dan agama terus dimainkan untuk mengalihkan perhatian dari isu-isu utama. Jika kita menganggap terma Najib tamat, pilihanraya umum yang akan datang adalah alam empat tahun lagi. Walau bagaimanapun, anda sebagai pengundi Teluk Intan mempunyai peluang untuk meletakkan perkara yang betul di atas landasan negara ini pada 31 Mei. Dengan mengundi calon DAP, Dyana Sofya sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan, kita akan menghantar satu gelombang kejutan ke seluruh negara ini.

Dyana adalah anak muda, wanita, melayu dan seorang yang beragama islam. Walau bagaimanapun, itu bukanlah perkara utama kerana beliau juga adalah sama seperti kita, rakyat Malaysia. Oleh itu saya menyeru pengundi Teluk Intan tanpa mengira usia, jantina, bangsa atau agama untuk berdiri teguh di belakang Dyana dan menghantar beliau ke parlimen kerana beliau menyanjung teguh prinsip keadilan, kebebasan dan kesaksamaan.

Sejak 57 tahun yang lalu, kita telah dimomokkan oleh parti pemerintah yang menyatakan kita perlu mengundi bangsa kita sendiri untuk melindungi kepentingan dan kelangsungan komuniti. Orang melayu mengundi calon melayu. Orang cina mengundi calon cina dan orang india mengundi calon india. Masanya telah tiba untuk kita berfikir di luar kotak, kita mahukan rakyat Malaysia yang boleh berjuang untuk kita semua.

Teluk Intan merupakan kawasan campuran di mana tiada mana-mana kaum membentuk lebih daripada 50% dari pengundi berdaftar. Komposisi kaum ini adalah serupa di Malaysia yang membuatkan pilihanraya kecil ini sangat penting.

Dengan memberikan Dyana sokongan yang kukuh dan kuat dan kemenangan yang meyakinkan, Teluk Intan boleh menghantar mesej yang jelas kepada seluruh negara- zaman politik perkauman telah berakhir. Marilah kita tunjukkan kepada Malaysia yang pengundi Teluk Intan tidak memilih berasaskan warna kulit, dan kita mengundi mengikut kelayakan calon, bukan berdasarkan kepada umur, jantina, bangsa atau agama.

Jika Dyana menang pilihanraya kecil ini, beliau bukan sahaja akan menjadi Ahli Parlimen Melayu wanita pertama untuk DAP, dia juga akan menjadi Ahli Parlimen yang paling muda di Dewan Rakyat. Pada pilihanraya kecil Teluk Intan tahun 1997, Teluk Intan mencipta sejarah apabila DAP merampas Teluk Intan dan menterbalikkan majoriti besar yang diperoleh Gerakan pada pilihanraya 1995. Bolehkan Teluk Intan melakukannya sekali lagi? Ya kita boleh! Marilah kita menulis sejarah dan mencipta keajaiban. Benarkan Dyana ahli politik baru, memberikan pukulan yang hebat pada Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, di kubu kuatnya Teluk Intan.

Telah terlalu lama kita membenarkan pelampau perkauman dan agama untuk berkeliaran bebas di negara ini. Inilah masanya kita semua rakyat Malaysia yang patriotik untuk menuntuk negara kita daripada dirampas oleh pelampau minoriti. Malaysia perlu bergerak ke hadapan, dan perjalanan ini bermula dari Teluk Intan. Adakah 31 Mei akan menjadi titik perubahan di dalam politik Malaysia? Keputusan itu di tangan anda. 531, Undi untuk Dyana, pecahkan dinding, pecahkan politik perkauman.

Surat Terbuka oleh Chong Zhemin, Pengarah Biro Ekonomi DAP Perak, Setiausaha Politik Pengerusi DAP Perak dan pengundi Teluk Intan

Leave a Reply