Kenyataan Media oleh Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin pada 27 Disember 2015

Saya menyesali kenyataan saya mengenai sekatan atlet Israel ke Negara Malaysia telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa saya berpihak kepada Israel.

Oleh kerana kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan terhadap pendirian saya terhadap perjuangan rakyat Palestin dan regim Israel, saya ingin menarik balik kenyataan tersebut.

Saya ingin menegaskan pendirian saya menyokong perjuangan Rakyat Palestin dan menolak kekejaman dan kezaliman regim Zionis yang menindas rakyat Palestin.

Chong Zhemin
Setiausaha Organisasi DAPSY Perak
Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Taiping

Leave a Reply