Teks Ucapan pembentangan analisa PRU14 Negeri Perak Di Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Perak

I1. Sejak persempadanan semula oleh SPR, penganalisa politik berpendapat Keputusan PRU14 akan berpihak ke BN sekiranya persempadanan semula ini diluluskan.

2. Analisa ini adalah berlandaskan andaian di mana corak mengundi di PRU 13 akan kekal di PRU14.

3. Namun sejak 3 tahun yang lepas, berlaku satu anjakan paradigma di lanskap politik Malaysia dengan Penubuhan Amanah, Bersatu dan Warisan.

4. Isu-isu utama yang bakal menghayun pengundi di PRU14 termasuk GST, penghapusan subsidi bahan mentah, Kos sara hidup tinggi, harga tol meningkat dan kegawatan ekonomi.

5. Corak mengundi telah berubah dan Hukum hanyunan pendulum menunjukan pengundi akan memihak kepada Pihak pembangkang di PRU14

6. Analisa saya berdasarkan scenario PH mencapai persefahaman pilihanraya dengan Besatu dan berlawan PAS dan BN dalam 3 penjuru.

7. Komposisi kaum negeri Perak sebenarnya mirip dengan komposisi kaum negeri Selangor di mana Melayu 49%, Cina 37%, India 11% dan lain-lain 2%.

8. Terdapat 4 jenis kerusi di negeri Perak, Kerusi majority Melayu >80% 9 Kerusi, Kerusi campur dengan Melayu>65% 17 Kerusi, Kerusi campuran 14 kerusi, dan kerusi majority cina>50% 19 kerusi.

9. 14 Kerusi campuran merupakan medan pertembungan sebenar di Negeri Perak, parti mana yang boleh memenangi 14 kerusi ini akan memerintah perak.

10. % sokongan undi Melayu PRU13, PR30%.

11. Ramalan % sokongan pengunid Melayu PRU14, PAS 15%, PH 15% + Bersatu 20%, BN 50%

12. Jika PH boleh memenangi 35% Melayu, 80% Cina dan 50% India, PH boleh memenangi sebanyak 12 kerusi daripada 14 kerusi campuran.

13. PH harus menumpukan 80% sumber ke 20% kerusi campuran untuk memenangi Negeri Perak.

14. Analisa menunjukkan, Bersatu boleh memenangi 3 kerusi majority Melayu >80%, PH menang 7 kerusi Campuran Melayu >65%, 10 kerusi campuran dan 19 kerusi majority cina.

15. Berdasarkan % sokongan ini, analisa menunjukkan PH boleh memenangi 36 kerusi, Bersatu 3 kerusi dan BN 20 kerusi.

16. Pakatan Harapan mempunyai peluang yang cerah untuk mentadbir Negeri Perak menjelang PRU14.

Leave a Reply