Ucapan Adun Keranji, Chong Zhemin di Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Komuniti Rakyat Adun Keranji pada 1 September 2018 di Bandar Baru Kampar.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan pembukaan rasmi Pusat komuniti Rakyat Adun Keranji terutama keempat-empat pembantu saya yang bertungkus lumus mengatur kesemua hal-hal dengan rapi.

Bagi makluman semua, Pusat Komuniti Rakyat ini merupakan Pusat Khidmat kedua yang dibuka oleh Pasukan Khidmat Adun Keranji. Pusat Khismat yang sedia ada di Jalan Pejabat Pos Pekan Kampar akan terus operasi dan memberi khidmat.

Salah satu janji manifesto Dun Keranji adalah untuk membangunkan Kampar Old Town sebagai kawasan Pelancongan. Ahli Majlis Daerah Kampar dalam full board meeting yang pertama telah pun mencadangkan supaya Jalan Gopeng dan Jalan Idris ditukar kepada Jalan Sehala. Saya juga telah membangkitkan cadangan ini di Mesyuarat Jawatankuasa TIndakan Daerah Kampar dan pihak JKR akan menyediakan satu kertas cadangan yang terperinci termasuk anggaran kos dan cadangan laluan lintas.

Trafik dari Ipoh ke Kampar akan menggunakan Jalan sehala di Jalan Gopeng, manakala trafik dari Tapah ke Kampar akan menggunakan Jalan Idrs. Terdapat tiga kelebihan jika cadangan ini dilaksanakan, yang pertama, lebih kawasan parking boleh disediakan di kedua-dua belah Jalan Gopeng. Ini dapat memulihkan kedai-kedai yang telah kian terbengkalai di Jalan Gopeng kerana kawasan parking yang tidak mencukupi.

Yang kedua, cadangan ini akan memaksa trafik yang dating dari Tapak ke dalam Pekan Kampar, ini akan merancakkan ekonomi tempatan Pekan Kampar dan akan membantu dalam membangunkan Kampar Old Town sebagai kawasan pelancongan.

Yang ketiga, cadangan ini juga akan menyelesaikan kesesakan trafik yang sedia ada di Jalan Gopeng terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

Pelan untuk menghidupkan semula Kampar Old Town termasuk untuk membuat penjenamaan semula untuk medan selera dan pembersihan semula, saya juga akan memberi peruntukan untuk memasang tirai buluh di sekeliling medan selera. Saya yakin dengan langkah-langkah ini yang diambil, kita mampu mentranformasikan Medan Selera menjadi sebuah Syurga Makanan yang termashur di Malaysia untuk menarik pelancong-pelancong di dalam dan luar negara.

Selain itu, saya juga akan memberi peruntukan untuk menaiktaraf Pasar Kampar, dengan membaiki bumbung pasar dan memasang kipas dan Turbine untuk memperbaiki pengaliran udara di Pasar Kampar dan memberi satu keadaan yang lebih selesa kepada penduduk Kampar.

Saya juga ingin memberi jaminan kepada semua penduduk Kampar bahawa kesemua 7 janji manifesto yang dijanjikan telah pun dalam proses pelaksanaan ataupun telah dilaksanakan.

1. Pelan Pengurusan Banjir Kampar

Satu kertas cadangan telah disediakan oleh Majlis Daerah Kampar untuk menaiktaraf Jalan Batu Sinar untuk mengatasi masalah banjir di Kampar dan ia memerlukan peruntukan sebanyak RM6 Juta. Pihak kerajaan negeri telahpun bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta. Saya akan berusaha untuk memohon baki peruntukan RM5 juta dari kerajaan persekutuan untuk menjayakan projek ini.

2. Membina Hospital Kampar yang baru

Saya telah bertemu dengan menteri kesihatan Dr Dzulkefly dan beliau telah maklum dengan keperluan untuk membina sebuah Hospital Kampar. Saya juga telah menulis kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mendapatkan peruntukan RM150 Juta untuk membina hospital Kampar. Surat ini telah pun dikemukakan kepada pengarah pejabat belanjawan negara Encik Johan.

3. Menaiktaraf Jalan raya Gopeng-Kampar kepada jalan dua lorong

Cadangan ini telah pun dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Kampar dan dianggarkan akan memakan kos sebanyak RM200 Juta. Pihak JKR akan menyediakan kertas cadangan yang terperinci untuk cadangan naik taraf ini.

4. Memperbaiki keadaan jalan di Kampar

Sejak pilihanraya ke 14, pasukan khidmat adun keranji telah bertungkus lumus menyelesaikan lebih 100 aduan-aduan dari pengundi dan kebanyakanya termasuk lubang-lubang jalan di Kampar. Pihak MDK berjanji boleh menurap lubang jalan dalam masa turnover dalam masa tiga hari.

5. Membangunkan Kampar Old Town sebagai kawasan Pelancongan

Cadangan untuk Jalan Gopeng dan Jalan Idris ditukarkan kepada jalan sehala.

6. Menghapuskan pengundi hantu Kampar

Saya akan membentangkan memorandum kepada SPR selepas Pengerusi SPR yang baru dilantik untuk membersihkan senarai daftar pemilih dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara dan memastikan pengundi-pengundi hantu dikeluar daripada Senarai Daftar Pemilih.

7. Meningkatkan mutu keselamatan awam

Saya telah pun bertemu dengan OCPD Kampar Tuan ACP Ng Kong Soon dan pihak polis akan mengadakan ronda polis yang lebih kerap di tempat-tempat hotspot jenanyah.