Adakah Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki akan mengarah semua pemimpin MCA untuk menarik balik kesemua kenyataan rasmi mereka yang melabelkan PAS dan UMNO sebagai Taliban dan meminta maaf secara terbuka?

Saya telah membuat satu carian google di laman web MCA and mendapati perkataan “Taliban” muncul 138 kali dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pemimpin MCA dalam usaha mereka untuk melabelkan PAS dan UMNO sebagai Taliban secara langsung ataupun secara tersirat. 

Sebagai contoh, pada 6 September 2016, bekas Presiden MCA Liow Tiong Lai telah mengatakan Kedah di bawah zaman pemerintahan BN mengamalkan kesederhanaan, dan tidak percaya dalam cara “Taliban”, merujuk kepada kerajaan UMNO pada masa itu.

http://www.mca.org.my/2/Content/SinglePage?_param1=01-052018-114438-05-201801&_param2=TS

Pada 27 February 2015, Pasukan Petugas Khas Undang-undang Syariah & Pelaksanaan Polisi MCA Gan Peng Sieu telah mengeluarkaan kenyataan mengecam tindakan Kerajaan Terengganu UMNO untuk memalukan muslim yang tidak menghadiri solat jumaat bahawa ia menggambarkan pelaksanaan undang-undang agama Taliban di negara kita dan ia juga akan dilihat seperti memalukan secara terbuka (Public Shaming) yang dilakukan semasa Zaman Kegelapan Eropah.

http://www.mca.org.my/2/Content/SinglePage?_param1=03-072018-615-07-201803&_param2=TS

Pada 18 October 2017, Jurucakap Publisiti MCA Ti Lian Ker mengatakan pengiktirafan Shahul Hamid sebagai pendakwah bertauliah oleh Exco Keagamaan Pulau Pinang sangat menggelikan dan ia menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP ingin memancing undi Taliban setelah PAS meninggalkan mereka.

http://www.mca.org.my/2/Content/SinglePage?_param1=07-082018-155218-08-201807&_param2=TS

Pada 6 Mac 2017, Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA Ng Shiok Hwa telah melabelkan cadangan Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan rotan secara terbuka seperti yang dilaksanakan oleh Regim Taliban di Afghanistan.

http://www.mca.org.my/2/Content/SinglePage?_param1=07-102018-126745-10-201807&_param2=TS

Pada 18 Julai 2016, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Ng Chok Sin mengatakan “Seperti rejim Taliban atau negara-negara Islam, PAS mahu mengawal sepenuhnya kehidupan seharian penduduk dan melangkaui isu-isu sebenar yang mempengaruhi negara.

http://www.mca.org.my/2/Content/SinglePage?_param1=19-012018-110908-01-201819&_param2=TS

Kesemua kenyataan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin MCA untuk melabelkan PAS dan UMNO seperti regim Taliban. Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa apabila MCA telah menabur duit dengan membuat iklan semasa pilihanraya ke-11 pada 2004 yang memaparkan dua gambar di mana patung Buddha yang telah dirobohkan dengan perkataan “Afghanistan – Patung Buddha yang dirobohkan oleh Regim Taliban” dan menyeru Kaum Cina untuk mengundi Barisan Nasional.

http://varietymalaysia.blogspot.com/2011/11/part-ii-ad-baculum-islamic-state-and.html

Adakah Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki akan mengarah semua pemimpin MCA menarik balik kesemua kenyataan rasmi mereka yang melabelkan PAS dan UMNO sebagai Taliban dan meminta maaf secara terbuka?

_Kenyataan media oleh Setiausaha Publisiti DAP Perak merangkap Adun Keranji Chong Zhemin pada 11 Mac 2019._