Bukti Screenshot Facebook dan whatsapp yang ditunjukkan oleh Najib boleh dipalsukan!

Saya merujuk kepada facebook Posting Najib Razak yang pada beberapa hari yang lalu telah memuatnaik screenshot Facebook dan Whatsapp dan mendakwa bahawa page bergelar nama “Nga Kor Ming Super Fans Page” telah menghina DYMM Sultan Selangor.

Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa Nga Kor Ming telah berulang-kali mengulangi bahawa “Nga Kor Ming Super Fans Page” tersebut langsung tiada apa-apa kaitan dengan beliau mahupun parti DAP.

Yang kedua, screenshot Facebook dan Whatsapp tang ditunjukkan oleh Najib Razak sebenarnya boleh direka dan dipalsukan dengan menggunakan “mirror page”.

Di sini, saya tunjukkan dua screenshot PALSU yang menunjukkan Page “Najib Razak” telah memuat naik gambar yang “menghina” DYMM Sultan Selangor .

Dalam screenshot palsu tersebut, Whatsapp telah “sahkan” bahawa page Najib Razak telah membuat posting yang menghina sultan.

Jika kita keluarkan “ID” untuk post dan meninggalkan link untuk page itu sahaja ia menjadi:
https://m.facebook.com/157851205951/

cuba click link kat atas itu.

Terus pergi ke page Najib Razak dengan 3.8 Juta followers Yang sudah wujud sejak 2009 – bukankah ia page “mirror” atau “clone”.

Persoalannya : Adakah ini merupakan “Bukti” bahawa page Najib Razak sebenar telah membuat posting menghina Sultan?

Adakah FB dan Whatsapp juga berpakat dalam konspirasi jahat untuk mencemar nama “baik” Najib Razak dan UMNO?

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kini telah terbukti Najib telah menggunapakai berita palsu untuk memfitnah Nga Kor Ming dan parti DAP dan jelas ini adalah taktik kotor yang menjijikkan. Saya ingin menasihatkan Najib supaya bertaubat dan menghentikan fitnah dan tomahan yang tidak berasas ini. Laporan polis telah dibuat di ibupejabat polis daerah Ipoh semalam dan hari ini saya telah membuat laporan SKMM dan memberi kesemua bukti screenshot facebook dan whatsapp telah dipalsukan.

Saya menuntut Najib Razak memohon maaf segera & saya yakin pihak berkuasa akan menjalankan siasatan penuh dimana kebenaran akan muncul. Saya yakin hasil siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa akan membersihkan nama Nga Kor Ming dan DAP.

(Gambar) : Dari Kanan Adun Menglembu Steven Chaw, Adun Canning Jenny Choy, Adun Keranji Chong Zhemin, Adun Hulu Kinta Arafat, Adun Jelapan Cheah Pou Hian, Ahli Majlis Kampar Angeline Koo.

_Kenyataan Media oleh Adun Keranji YB Chong Zhemin di SKMM Ipoh pada 4 Oct 2019_